4.10.11

Bincangkan secara ilmiah bagaimana perkembangan teknologi multimedia mempengaruhi strategi pengajaran guru-guru di Malaysia.

          Pada masa kini, teknologi multimedia adalah kombinasi antara teknologi komputer dan komunikasi. Teknologi ini telah berkembang dengan pesat dan memberi impak kepada pendidikan dalam pelbagai aspek. Kemudahan yang disediakan khususnya World Wide Web, mel elektronik, forum perbincangan dalam talian semakin rancak digunakan kini sebagai medium perkongsian, penyebaran maklumat serta saluran komunikasi utama. 

         Pada pendapat saya,media pengajaran boleh meningkatkan minat dan perhatian pelajar, selain itu, media pengajaran juga akan menggalakkan maklumbalas bagi pelajar dan pengajar, dan kepimpinan dalam teknologi pendidikan dapat diwujudkan. Penggunaan media juga akan menukar peranan guru daripada pengajar kepada fasilitator pembelajaran. Dengan menggunakan pelbagai media, kebolehan capaian terhadap sesuatu isi kandungan dapat dipelbagaikan. Sumber rujukan elektronik seperti tutorial interaktif, buku elektronik dan sebagainya yang merupakan sumber elektronik dalam proses P&P membantu seseorang pelajar meningkatkan kebolehcapaian dalam internet. Ini adalah kerana multimedia berupaya menyediakan persekitaran pembelajaran yang berbentuk pelbagai pancaindera dan ia sesuai untuk manusia yang mempunyai pelbagai gaya pembelajaran dan tahap kognitif.